Sunday, June 26, 2011

Menyampah tengok Lisa Surihani







Ishkk.. ntahlah macam menyampah pulak aku tengok Lisa dalam show mari menari ni. She act like she cool n groovy but still sista! u look FAKE. I know u a sophisticated young woman.. u don't act like that baby.. huhu. Anyway i still suka u cuteness. But really ... Lisa just loosen up and to be so FAKEEEEEE!

Saturday, May 7, 2011

Manusia

Manusia.. manusia.. terlalu banyak karenah dan ragam. Aku memang suka melihat dan mengkaji perangai manusia. Entahlah mungkin sudah perangai aku yang suka berfikir. Aku suka merenung dan berfikir kenapa dia macam tu. kadang2 aku akan menilai diri sendiri dan berfikir kenapa aku boleh berfikiran dan berperasaan sedemikian rupa.

Aku ingin mengupas tentang perangai seorang manusia yang ku kenali.. sampai sekarang aku masih tidak memahami kenapa dia berkarakter sedemikian rupa. Hanya merasa pelik, dan aku hanya boleh mengandaikannya dalam kotak fikiran ku. Aku sudah lama mengenalinya.. tapi dimana, aku tidak boleh beritahu. Takut ada yang terasa. Biarlah rahsia.. seperti dato siti ungkapkan.. hehe ( Sempat lagi.. )Perangainya seperti tidak boleh lari dari dirinya.. sama jugak seperti dahulu.

Hmm .. tiba2 instict ku mengatakan jangan cerita lebih2 nanti 'somebody find out ".. kantoi la aku bercerita pasal dia.

Ntahlah.. mungkin aku boleh senaraikan sedikit karakter dia di sini:

- Suka berfikiran negatif
- Suka mengutuk orang
- Apa sahaja kawan dia buat , dia akan cerita dengan orang lain sehingga orang lain terpengaruh dengannya.
- Depan baik tapi di belakang dia cerita bukan2 pasal orang itu.

Aku bukan la ingin menilai dia teruk2, tapi itu hanya pandangan mata kasar aku.
Aku merasakan , apa sahaja orang lain buat atau tuturkan tidak elok di mata dia. Ada sahaja buah2 fikiran yang menilai yang buruk. Aku balik rumah termenung.. Jenis orang apakah dia ini?

Aku mengandaikan : ( Andaian saja ye )

- Dia suka orang puji dia cantik, tapi pura2 tak suka dipuji
- Suka mengkondem orang dengan gurauan dia yang bersahaja
- Dia baik orangnya, memang kawan yang baik. Tapi dia tak boleh baik dengan semua orang, hanya ada seorang sahaja yang boleh dijadikan kawan baiknya.
- Orang lain yang berkawan dengan dia mungkin akan terasa hati kerana bias
- Dia hanya ingin orang dengar dia bercakap, bila orang lain bercakap dia rasa boring.
- Pandai pengaruh orang untuk tidak suka pada orang lain
- Di mata dia siapa yang seperti kelihatan hebat dia akan memandang serong pada orang itu. Dia akan mengatakan orang itu berlagak.
- Mindset dia semua yang nampak macam ok itu ialah orang patut kena kutuk..(Hahaha.. adakah?)
- Memang betul la setengah dari orang yang mempunyai kelebihan dari seusatu hal memang ada perangai yang berlagak, tapi janganlah semua orang kau nak anggap macam itu.


Cubalah berfikiran positif, apa salahnya mendengar sahaja daripada ingin memperli atau membuat si kawan terasa dengan ejekan2 "manja" nya itu.

Berfikiran ke depan untuk memajukan diri, Allah memberi kita nyawa dan tanah bumi ini untuk kita memajukan diri dan mencari rezeki yang halal. BuKAN HANYA HIDUP UNTUK MENGUTUK ORANG.Mungkin benarlah seperti apa yang kawan rapat mengatakan, perangai dia macam makcik2.My opinion is she's like katak bawah tempurung and hanya pandai nak mengutuk orang yang lagi hebat dari dia kot.

PLEASE LAA PLEASEEEEEEEEEEE LAAAA BERFIKIRAN POSITIF WAHAI KAWAN KU.
TAK BAIK SELALU BERSANGKA BURUK DENGAN ORANG.NANTI MUKA PUN NAMPAK TAK CANTIK. KAU ITU MEMPUNYAI RUPA YANG CANTIK. NAK NAMPAK CANTIK MESTI DARI HATI BARU LAH TERPANCAR DI MUKA.

Apapa pun aku tetap sayang kau..

Saturday, February 12, 2011

Mana hilangnya kesopanan adat timur?

Pada satu petang yg indah, terbukak channel tv3. Tertengok rancangan 'Muzik2'.. pas tu Cheryl samad n faizal jemput la artis baru ni. Sekali tengok macam ala2 avril lavigne pun ada gak. Suara lembut je , Muka pun boleh la tahan. Mula2 tu cheryl tegur tentang rambut dia.. dia jawab pun selamba je, nampak serabut dia kata.. tapi yang nak dijadikan issue Di sini ialah.. CARA DIA DUDUK! TERKANGKANG! Separuh rancangan Muzik2 muzik , dia semakin ligat duduk terkangkang. Pelik, penerbit rancangan tu tak nampak ke kejanggalan yg berlaku. I don't know what's that girl thinking! Klu iye pun nak sesuaikan dgn baju, jaga2 ls sikit manners tu. Sila la nilai sendiri.. tengok kat tv memang nampak biadap Sangat.. tak tau plak kat pic ni.... i need to upload first the pic from my phone.

Saturday, November 27, 2010

Perempuan Dan Bola Sepak



I noticed there's a certain group of people ( woman) who very like , enjoying football scene. Tapi adakah mereka itu memang benar2 minat sukan tersebut atau tidak?

Memang ada golongan mereka yang aku lihat memang 'pure' minat bola. diorang tak akan ketinggalan setiap match yang disiarkan di tv atau mana2 je la saluran.

Tapi lately, aku ternampak la seorang minah ni asyik beriya2 je letak kat status dia kat fb pasal perlawanan bola.. WITHOUT FAIL (ayat kesukaan heheh).

Setiap minggu mesti adalah pasal bola dia tulis kat status nak bagitau semua org.

Aku bukannya jeles ngan dia pun, aku ok ngan dia.. tapi macam tak boleh blah plak asyik macam tu jee..

sampai tak nampak REAL.

Ada budak seekor tu memang aku nampak dia minat bola.. dia main futsal.. gaya pun ala2 tomboy walaupun dah kahwin.. tapi kat status fb dia neutral jee.. Kekadang adalah dia tulis pasal bola.

Tapi yang minah seorang ni memang tak boleh blah langsung ( tak boleh blah ku tujukan pada cik epal... "bapak.. jem.. " hehe)

So.. tercetuslah satu pemikiran yang keluar dari otak ku ini.. yang dia sebenarnya .... jeng jeng jeng...

HENDAK KELIHATAN COOL DI DEPAN LELAKI .

hey.. im a babe but see i still can get along with u all guys.. Because im coolllll nessssttt.... ahaksss..

Tapi kalau tak betul.. sorilah ..aku mengagak je.....

Bubyeee...

Sunday, October 31, 2010

Mari Menari ..



Nak komen ringkas tentang insiden yang berlaku baru sekejap tadi.

Tengah syok2 main game sambil mendengar rancangan Mari Menari (I'm a multi task person :) .. poyo, aku terstop sekejap pasal terkejut dengar gaya bahasa n penyampaian Lisa Surihani.

I know she want to make it like casual but it's seem that it's unappropriated sentence that come out from her mouth.. It's not profesional to make a joke about other people comment..

Salah satu juri.. Joseph Gonzales memberi komen pada salah satu pasanagn peserta..
Dia sebut macam ni.. dengan loghat bahasa melayu baku (It's a good pronunciation anyway..) " bal..bla..bla.. persembahan tadi sangat.. sangat .. tersangat la sangat seksi... " (Maybe he very like the way that couple dance).

Then, adakah patut Awal Ashaari me'repeat' balik apa yang Joseph Gonzales tu cakap dalam nada mengejek.. di hujung ayat dia cakap macam ni .. Joseph .. joseph... Macam mengutuk la. (Terlupa yang Awal la peyumbang dalam insiden ni.. Macam CSI la pulak)

Lepas tu Lisa boleh sambung ejek Joseph.. dengan ayat2 tu.. Kesian tau Joseph di perlekehkan dengan gaya yang tidak profesional pada tayangan perdana yang disiarkan di tv.. ditonton pada jutaan penduduk malaysai , singapore and brunei!! (Macam akademi Fantasia la pulak ..hehe)

Yang paling best.. Lisa 'berjaya' membuat si Lisdawati yang memang tak berapa concern untuk menggelakkan Joseph punya "ungkapan"..

They are giggling.. GIGGLING.. macam gaya perempuan2 MEAN GIRLS dalam filem Lindsay Lohan tu... (Biatch!!!!)


Huh!!! Ada kah patut!!

Lepas tu, Mr Joseph tu pun bagi komen seadanya je...(Takut kena kutuk lagi oleh pengacara yang tak profesional tu.. )


Lepas ni sapa2 yang tonton rancangan menari.. sila la lihat Mr Joseph punya comment.. mesti dia hati2..

TAKUT KENA KUTUK LAGI OLEH PENGACARA YANG TIDAK TAHU LIMIT JOKE ON AIR??


Ini hanya pandangan peribadi ku..

Ps: Aku tonton rancangan ni coz aku suka menari... :)

Friday, September 24, 2010

Kenapa ada manusia yang sombong?

Sombong..

Salah satu penyakit hati. kenapa manusia sombong?
Ada banyak sebab, aku hanya meluahkan pendapat ku sendiri:

- Kerana mereka mempunyai benda lain yang tidak dipunyai oleh orang lain. Mereka rasa bangga lalu terbit lha rasa takbur di hati.

- Atau kerana mereka dulu tidak punya apa-apa, lalu bila mereka berkesempatan untuk memiliki apa yang dulunya susah untuk dimiliki, mereka jadi 'jakun'. Maksudnya kebaru-baruan.. Susah jugak kalau ada yang tak faham apa maksud kebaru-baruan. Ini bahasa sabah, tak pernah terjumpa bahasa yang sama kalau orang semenanjung cakap jakun or kebaru-baruan.. :)

- Sudah perangai dia dari kecik macam tu.. atau dia dibesarkan dengan persekitaran yang sombong. Mungkin mak atau bapak dia suka menunjuk2. Jadi dia pun terikut-ikut.

- Persekitaran. Mula-mula dia macam orang dibawah katak bawah tempurung. Tapi bila sudah memasuki kawasan atau suasana baru yang boleh dikira lebih bagus daris ebelumnya.. Dia pun mula melupakan kawan-kawan lama. Memandang rendah pada kawan-kawan dia yang dahulu. Dia fikir kerja dia lagi bagus dari kawan dia yang dahulu.

- Memiliki paras rupa yang menarik. Disebabkan dia mempunyai muka yang boleh tahan menarik, jadi dia sudah terbiasa dengan pandangan orang yang melihatnya. Pandangan orang yang kagum akan kecantikkan/ ketampanan yang dia miliki.Dia akan merasa diri itu istimewa. Dia akan menerima layanan yang baik, orang selalu akan menyebelahi dia. Jadi dia kan merasa sombong dengan anugerah yan dimiliki. Tetapi tidak semua orang yang cantik / tampan itu sombong. Mungkin sifat rendah diri dan tidak bermegah-megah kuat pada dirinya.

- Anak orang kaya. Dia mempunyai segala-galanya yang kebanyakkan orang tidak dapat memiliki. Dia tau orang lain susah untuk mendapatkan apa yang dia sudah dapat. Orang lain kumpul duit gaji sampai 2 3 bulan. Dia hanya minta tolong mak atau bapak dia belikan. Ataupun dia guna saja duit gaji dia sendiri. Kalau duit gaji dah habis, boleh minta dengan parents. Senang cerita. Bila rasa diri lagi lagi baik dari orang lain in terms of kebendaan, kesombongan itu akan wujud.

- Berpangkat.Hah.. orang macam ni senang je nampak sombong. Bila mereka sudah berpangkat, kadang2 dengan orang bawahan nak senyum pun susah. Hmm. mungkin dengan orang bawahan dia senyum jugaklah. Tapi dengan orang lain yang dia fikir tak setaraf dengan dia, dia akan berfikir dia tak layak untuk bergaul dengan orang2 yang tak sama level.Automatik je kalau ada je orang bawahan, dia akan berubah menjadi orang yang suka memerintah.. suka marah2 orang. Hendak menunjuk yang dia ada kuasa. Tak payahlah nak emo nak tunjuk2 dengan orang. Orang yang profesional tidak emosional, mereka Rasional.

Tapi ada juga kes yang nampak saja orang itu sombong. Tapi bila sudah mengenali diri orang itu, dia tidaklah sombong mana! Malah dialah orang paling gila2 paling baik. So dont judge the book by it's cover.

So jangan2 lah anda terlebih somobng kerana ada orang lain lagi yang lebih hebat dari anda. Tapi terpulanglah.. hanya anda yang dapat mengawal diri anda. SUIT YOURSELF!!

Sunday, September 19, 2010

Typical young Girl who crazy in love




Setiap kali ter come across cerita pasal mereka2 ni memang buat menyampah. Tak habis2dengan kisah peribadi dijajah kan di muka akhbar. Mereka langsung tak rasa malu ataupun memang gila glamour.

Kali ni memang nak luahkan buah fikiran pasal Perempuan muda seorang ini.I just assume that she thinks she'in love with him.. so she can say anything about everything.. including hal rumah tangga bf and his ex wife..

Itu syndrome typical young girl who crazy in love sampai menyampah kita tengok!!!!