Friday, September 24, 2010

Kenapa ada manusia yang sombong?

Sombong..

Salah satu penyakit hati. kenapa manusia sombong?
Ada banyak sebab, aku hanya meluahkan pendapat ku sendiri:

- Kerana mereka mempunyai benda lain yang tidak dipunyai oleh orang lain. Mereka rasa bangga lalu terbit lha rasa takbur di hati.

- Atau kerana mereka dulu tidak punya apa-apa, lalu bila mereka berkesempatan untuk memiliki apa yang dulunya susah untuk dimiliki, mereka jadi 'jakun'. Maksudnya kebaru-baruan.. Susah jugak kalau ada yang tak faham apa maksud kebaru-baruan. Ini bahasa sabah, tak pernah terjumpa bahasa yang sama kalau orang semenanjung cakap jakun or kebaru-baruan.. :)

- Sudah perangai dia dari kecik macam tu.. atau dia dibesarkan dengan persekitaran yang sombong. Mungkin mak atau bapak dia suka menunjuk2. Jadi dia pun terikut-ikut.

- Persekitaran. Mula-mula dia macam orang dibawah katak bawah tempurung. Tapi bila sudah memasuki kawasan atau suasana baru yang boleh dikira lebih bagus daris ebelumnya.. Dia pun mula melupakan kawan-kawan lama. Memandang rendah pada kawan-kawan dia yang dahulu. Dia fikir kerja dia lagi bagus dari kawan dia yang dahulu.

- Memiliki paras rupa yang menarik. Disebabkan dia mempunyai muka yang boleh tahan menarik, jadi dia sudah terbiasa dengan pandangan orang yang melihatnya. Pandangan orang yang kagum akan kecantikkan/ ketampanan yang dia miliki.Dia akan merasa diri itu istimewa. Dia akan menerima layanan yang baik, orang selalu akan menyebelahi dia. Jadi dia kan merasa sombong dengan anugerah yan dimiliki. Tetapi tidak semua orang yang cantik / tampan itu sombong. Mungkin sifat rendah diri dan tidak bermegah-megah kuat pada dirinya.

- Anak orang kaya. Dia mempunyai segala-galanya yang kebanyakkan orang tidak dapat memiliki. Dia tau orang lain susah untuk mendapatkan apa yang dia sudah dapat. Orang lain kumpul duit gaji sampai 2 3 bulan. Dia hanya minta tolong mak atau bapak dia belikan. Ataupun dia guna saja duit gaji dia sendiri. Kalau duit gaji dah habis, boleh minta dengan parents. Senang cerita. Bila rasa diri lagi lagi baik dari orang lain in terms of kebendaan, kesombongan itu akan wujud.

- Berpangkat.Hah.. orang macam ni senang je nampak sombong. Bila mereka sudah berpangkat, kadang2 dengan orang bawahan nak senyum pun susah. Hmm. mungkin dengan orang bawahan dia senyum jugaklah. Tapi dengan orang lain yang dia fikir tak setaraf dengan dia, dia akan berfikir dia tak layak untuk bergaul dengan orang2 yang tak sama level.Automatik je kalau ada je orang bawahan, dia akan berubah menjadi orang yang suka memerintah.. suka marah2 orang. Hendak menunjuk yang dia ada kuasa. Tak payahlah nak emo nak tunjuk2 dengan orang. Orang yang profesional tidak emosional, mereka Rasional.

Tapi ada juga kes yang nampak saja orang itu sombong. Tapi bila sudah mengenali diri orang itu, dia tidaklah sombong mana! Malah dialah orang paling gila2 paling baik. So dont judge the book by it's cover.

So jangan2 lah anda terlebih somobng kerana ada orang lain lagi yang lebih hebat dari anda. Tapi terpulanglah.. hanya anda yang dapat mengawal diri anda. SUIT YOURSELF!!

3 comments:

  1. Salam Miss Eg,

    Ya jangan terus assume orang itu sombong sebelum mengenalinya.. mungkin muka orang tu patternnya jenis sombong, tapi dalamannya sebenarnya tidak huehuehue..

    ReplyDelete
  2. Thanks ya unachenta.. kau la penggomen tunggal di blog ni.. uhuhuhu.. s=cedih nya.. tiada sambutan.. takpa!!! Akan ku teruskan jua walau ndak gleme macam kau .. sob sob..

    ReplyDelete
  3. hehe.. i pun baru nak masuk lah eg.. byk idea yek.. hebat~!!

    ReplyDelete