Saturday, November 27, 2010

Perempuan Dan Bola Sepak



I noticed there's a certain group of people ( woman) who very like , enjoying football scene. Tapi adakah mereka itu memang benar2 minat sukan tersebut atau tidak?

Memang ada golongan mereka yang aku lihat memang 'pure' minat bola. diorang tak akan ketinggalan setiap match yang disiarkan di tv atau mana2 je la saluran.

Tapi lately, aku ternampak la seorang minah ni asyik beriya2 je letak kat status dia kat fb pasal perlawanan bola.. WITHOUT FAIL (ayat kesukaan heheh).

Setiap minggu mesti adalah pasal bola dia tulis kat status nak bagitau semua org.

Aku bukannya jeles ngan dia pun, aku ok ngan dia.. tapi macam tak boleh blah plak asyik macam tu jee..

sampai tak nampak REAL.

Ada budak seekor tu memang aku nampak dia minat bola.. dia main futsal.. gaya pun ala2 tomboy walaupun dah kahwin.. tapi kat status fb dia neutral jee.. Kekadang adalah dia tulis pasal bola.

Tapi yang minah seorang ni memang tak boleh blah langsung ( tak boleh blah ku tujukan pada cik epal... "bapak.. jem.. " hehe)

So.. tercetuslah satu pemikiran yang keluar dari otak ku ini.. yang dia sebenarnya .... jeng jeng jeng...

HENDAK KELIHATAN COOL DI DEPAN LELAKI .

hey.. im a babe but see i still can get along with u all guys.. Because im coolllll nessssttt.... ahaksss..

Tapi kalau tak betul.. sorilah ..aku mengagak je.....

Bubyeee...

Sunday, October 31, 2010

Mari Menari ..



Nak komen ringkas tentang insiden yang berlaku baru sekejap tadi.

Tengah syok2 main game sambil mendengar rancangan Mari Menari (I'm a multi task person :) .. poyo, aku terstop sekejap pasal terkejut dengar gaya bahasa n penyampaian Lisa Surihani.

I know she want to make it like casual but it's seem that it's unappropriated sentence that come out from her mouth.. It's not profesional to make a joke about other people comment..

Salah satu juri.. Joseph Gonzales memberi komen pada salah satu pasanagn peserta..
Dia sebut macam ni.. dengan loghat bahasa melayu baku (It's a good pronunciation anyway..) " bal..bla..bla.. persembahan tadi sangat.. sangat .. tersangat la sangat seksi... " (Maybe he very like the way that couple dance).

Then, adakah patut Awal Ashaari me'repeat' balik apa yang Joseph Gonzales tu cakap dalam nada mengejek.. di hujung ayat dia cakap macam ni .. Joseph .. joseph... Macam mengutuk la. (Terlupa yang Awal la peyumbang dalam insiden ni.. Macam CSI la pulak)

Lepas tu Lisa boleh sambung ejek Joseph.. dengan ayat2 tu.. Kesian tau Joseph di perlekehkan dengan gaya yang tidak profesional pada tayangan perdana yang disiarkan di tv.. ditonton pada jutaan penduduk malaysai , singapore and brunei!! (Macam akademi Fantasia la pulak ..hehe)

Yang paling best.. Lisa 'berjaya' membuat si Lisdawati yang memang tak berapa concern untuk menggelakkan Joseph punya "ungkapan"..

They are giggling.. GIGGLING.. macam gaya perempuan2 MEAN GIRLS dalam filem Lindsay Lohan tu... (Biatch!!!!)


Huh!!! Ada kah patut!!

Lepas tu, Mr Joseph tu pun bagi komen seadanya je...(Takut kena kutuk lagi oleh pengacara yang tak profesional tu.. )


Lepas ni sapa2 yang tonton rancangan menari.. sila la lihat Mr Joseph punya comment.. mesti dia hati2..

TAKUT KENA KUTUK LAGI OLEH PENGACARA YANG TIDAK TAHU LIMIT JOKE ON AIR??


Ini hanya pandangan peribadi ku..

Ps: Aku tonton rancangan ni coz aku suka menari... :)

Friday, September 24, 2010

Kenapa ada manusia yang sombong?

Sombong..

Salah satu penyakit hati. kenapa manusia sombong?
Ada banyak sebab, aku hanya meluahkan pendapat ku sendiri:

- Kerana mereka mempunyai benda lain yang tidak dipunyai oleh orang lain. Mereka rasa bangga lalu terbit lha rasa takbur di hati.

- Atau kerana mereka dulu tidak punya apa-apa, lalu bila mereka berkesempatan untuk memiliki apa yang dulunya susah untuk dimiliki, mereka jadi 'jakun'. Maksudnya kebaru-baruan.. Susah jugak kalau ada yang tak faham apa maksud kebaru-baruan. Ini bahasa sabah, tak pernah terjumpa bahasa yang sama kalau orang semenanjung cakap jakun or kebaru-baruan.. :)

- Sudah perangai dia dari kecik macam tu.. atau dia dibesarkan dengan persekitaran yang sombong. Mungkin mak atau bapak dia suka menunjuk2. Jadi dia pun terikut-ikut.

- Persekitaran. Mula-mula dia macam orang dibawah katak bawah tempurung. Tapi bila sudah memasuki kawasan atau suasana baru yang boleh dikira lebih bagus daris ebelumnya.. Dia pun mula melupakan kawan-kawan lama. Memandang rendah pada kawan-kawan dia yang dahulu. Dia fikir kerja dia lagi bagus dari kawan dia yang dahulu.

- Memiliki paras rupa yang menarik. Disebabkan dia mempunyai muka yang boleh tahan menarik, jadi dia sudah terbiasa dengan pandangan orang yang melihatnya. Pandangan orang yang kagum akan kecantikkan/ ketampanan yang dia miliki.Dia akan merasa diri itu istimewa. Dia akan menerima layanan yang baik, orang selalu akan menyebelahi dia. Jadi dia kan merasa sombong dengan anugerah yan dimiliki. Tetapi tidak semua orang yang cantik / tampan itu sombong. Mungkin sifat rendah diri dan tidak bermegah-megah kuat pada dirinya.

- Anak orang kaya. Dia mempunyai segala-galanya yang kebanyakkan orang tidak dapat memiliki. Dia tau orang lain susah untuk mendapatkan apa yang dia sudah dapat. Orang lain kumpul duit gaji sampai 2 3 bulan. Dia hanya minta tolong mak atau bapak dia belikan. Ataupun dia guna saja duit gaji dia sendiri. Kalau duit gaji dah habis, boleh minta dengan parents. Senang cerita. Bila rasa diri lagi lagi baik dari orang lain in terms of kebendaan, kesombongan itu akan wujud.

- Berpangkat.Hah.. orang macam ni senang je nampak sombong. Bila mereka sudah berpangkat, kadang2 dengan orang bawahan nak senyum pun susah. Hmm. mungkin dengan orang bawahan dia senyum jugaklah. Tapi dengan orang lain yang dia fikir tak setaraf dengan dia, dia akan berfikir dia tak layak untuk bergaul dengan orang2 yang tak sama level.Automatik je kalau ada je orang bawahan, dia akan berubah menjadi orang yang suka memerintah.. suka marah2 orang. Hendak menunjuk yang dia ada kuasa. Tak payahlah nak emo nak tunjuk2 dengan orang. Orang yang profesional tidak emosional, mereka Rasional.

Tapi ada juga kes yang nampak saja orang itu sombong. Tapi bila sudah mengenali diri orang itu, dia tidaklah sombong mana! Malah dialah orang paling gila2 paling baik. So dont judge the book by it's cover.

So jangan2 lah anda terlebih somobng kerana ada orang lain lagi yang lebih hebat dari anda. Tapi terpulanglah.. hanya anda yang dapat mengawal diri anda. SUIT YOURSELF!!

Sunday, September 19, 2010

Typical young Girl who crazy in love




Setiap kali ter come across cerita pasal mereka2 ni memang buat menyampah. Tak habis2dengan kisah peribadi dijajah kan di muka akhbar. Mereka langsung tak rasa malu ataupun memang gila glamour.

Kali ni memang nak luahkan buah fikiran pasal Perempuan muda seorang ini.I just assume that she thinks she'in love with him.. so she can say anything about everything.. including hal rumah tangga bf and his ex wife..

Itu syndrome typical young girl who crazy in love sampai menyampah kita tengok!!!!

Wednesday, September 15, 2010

Lelaki

Memang sudah lama aku ingin menulis pasal kaum Lelaki. Ingin ku curahkan segala pengetahuan dan pengalaman ku sendiri tentang mereka-mereka ini.InsyaAllah segala pengetahuan ni boleh dikongsi dan dijadikan panduan kepada pembaca- pembaca di luar sana. (Skemanya.. )

Lelaki ada yang Ego. Tapi semuanya memang ego pun. Tak ada satu pun yang terkecuali, walaupun yang lembik macam pondan sekalipun akan ada terselit ego mereka. Klau takde Ego meaning dia bukanlah lelaki sejati. Tapi Allah maha mengetahui.. Tak tau la kalau di luar sana ada yang benar- wujud.. lelaki tanpa ego? Who's know?

Ada yang sanggup mengenepikan perasaan ego itu kerana perasaan sayang mengatasi segala-galanya.Ada yang sanggup mempertaruhkan perasaan sayang yang mungkin terbina bertahun-tahun kerana sebuah EGO yang mahal.
Disinilah peranan psangan mereka diperlukan atau pun kena berperanan kuat untuk melenturkan perasaan ego mereka. Atau terjun bersama-sama perasaan ego pasangan mereka juga.. yang membawa kepada.. KEHILANGAN, TIADA PERASAAN TOLAK ANSUR.

Yang paling sedih kalau ada diantara pasangan itu sudah mempunyai anak. Yang pastinya, anak- anak lah yang menjadi mangsa KEEGOAN mereka.

Kalau yang hanya bercinta sahaja.. yang menjadi kerugian mereka ialah MASA. Masa yang terbuang begitu sahaja semenjak mereka bercinta hinggalah pada hari mereka memutuskan hubungan kerana EGO!. Kan elok dan dirahmati tuhan sekiranya percintaan itu diakhiri dengan ke ikatan yang sah membawa mereka ke jinjang pelamin?

Ego itu memang susah untuk tidak dihiraukan. Hanya perasaan ataupun akal yang sihat boleh mengenepikan perasaan yang mungkin teruk pada setengah orang.

Aku mengakui.. aku juga seorang yang ego. But sometimes.. SOMETIME.. Aku jugak menolak ke tepi unsur EGO itu dalam diri kerana orang yang tersayang. Kerana kita ingin bersama dengan dia.Kita tidak ingin untuk membuang masa dengan dia.. Kita ingin meng manfaat kan perhubungan itu.. bukan dengan mensia2 kan nya..

Tapi jika situasi ego n ego itu selalu berlaku pada hubungan.. Lama - kelamaan.. kita boleh menjadi bosan..

Ya Allah, selamatkan hubungan aku dengan dia. Semoga yang diluar sana pun jangan terlalu terikat dengan EGO!!!

Sayangilah pasangan anda seperti mana anda menyayangi diri anda dan keluarga anda.(Tidak lupa kalau ada yang memelihara haiwan peliharaan juga!!!) :)