Friday, September 24, 2010

Kenapa ada manusia yang sombong?

Sombong..

Salah satu penyakit hati. kenapa manusia sombong?
Ada banyak sebab, aku hanya meluahkan pendapat ku sendiri:

- Kerana mereka mempunyai benda lain yang tidak dipunyai oleh orang lain. Mereka rasa bangga lalu terbit lha rasa takbur di hati.

- Atau kerana mereka dulu tidak punya apa-apa, lalu bila mereka berkesempatan untuk memiliki apa yang dulunya susah untuk dimiliki, mereka jadi 'jakun'. Maksudnya kebaru-baruan.. Susah jugak kalau ada yang tak faham apa maksud kebaru-baruan. Ini bahasa sabah, tak pernah terjumpa bahasa yang sama kalau orang semenanjung cakap jakun or kebaru-baruan.. :)

- Sudah perangai dia dari kecik macam tu.. atau dia dibesarkan dengan persekitaran yang sombong. Mungkin mak atau bapak dia suka menunjuk2. Jadi dia pun terikut-ikut.

- Persekitaran. Mula-mula dia macam orang dibawah katak bawah tempurung. Tapi bila sudah memasuki kawasan atau suasana baru yang boleh dikira lebih bagus daris ebelumnya.. Dia pun mula melupakan kawan-kawan lama. Memandang rendah pada kawan-kawan dia yang dahulu. Dia fikir kerja dia lagi bagus dari kawan dia yang dahulu.

- Memiliki paras rupa yang menarik. Disebabkan dia mempunyai muka yang boleh tahan menarik, jadi dia sudah terbiasa dengan pandangan orang yang melihatnya. Pandangan orang yang kagum akan kecantikkan/ ketampanan yang dia miliki.Dia akan merasa diri itu istimewa. Dia akan menerima layanan yang baik, orang selalu akan menyebelahi dia. Jadi dia kan merasa sombong dengan anugerah yan dimiliki. Tetapi tidak semua orang yang cantik / tampan itu sombong. Mungkin sifat rendah diri dan tidak bermegah-megah kuat pada dirinya.

- Anak orang kaya. Dia mempunyai segala-galanya yang kebanyakkan orang tidak dapat memiliki. Dia tau orang lain susah untuk mendapatkan apa yang dia sudah dapat. Orang lain kumpul duit gaji sampai 2 3 bulan. Dia hanya minta tolong mak atau bapak dia belikan. Ataupun dia guna saja duit gaji dia sendiri. Kalau duit gaji dah habis, boleh minta dengan parents. Senang cerita. Bila rasa diri lagi lagi baik dari orang lain in terms of kebendaan, kesombongan itu akan wujud.

- Berpangkat.Hah.. orang macam ni senang je nampak sombong. Bila mereka sudah berpangkat, kadang2 dengan orang bawahan nak senyum pun susah. Hmm. mungkin dengan orang bawahan dia senyum jugaklah. Tapi dengan orang lain yang dia fikir tak setaraf dengan dia, dia akan berfikir dia tak layak untuk bergaul dengan orang2 yang tak sama level.Automatik je kalau ada je orang bawahan, dia akan berubah menjadi orang yang suka memerintah.. suka marah2 orang. Hendak menunjuk yang dia ada kuasa. Tak payahlah nak emo nak tunjuk2 dengan orang. Orang yang profesional tidak emosional, mereka Rasional.

Tapi ada juga kes yang nampak saja orang itu sombong. Tapi bila sudah mengenali diri orang itu, dia tidaklah sombong mana! Malah dialah orang paling gila2 paling baik. So dont judge the book by it's cover.

So jangan2 lah anda terlebih somobng kerana ada orang lain lagi yang lebih hebat dari anda. Tapi terpulanglah.. hanya anda yang dapat mengawal diri anda. SUIT YOURSELF!!

Sunday, September 19, 2010

Typical young Girl who crazy in love




Setiap kali ter come across cerita pasal mereka2 ni memang buat menyampah. Tak habis2dengan kisah peribadi dijajah kan di muka akhbar. Mereka langsung tak rasa malu ataupun memang gila glamour.

Kali ni memang nak luahkan buah fikiran pasal Perempuan muda seorang ini.I just assume that she thinks she'in love with him.. so she can say anything about everything.. including hal rumah tangga bf and his ex wife..

Itu syndrome typical young girl who crazy in love sampai menyampah kita tengok!!!!

Wednesday, September 15, 2010

Lelaki

Memang sudah lama aku ingin menulis pasal kaum Lelaki. Ingin ku curahkan segala pengetahuan dan pengalaman ku sendiri tentang mereka-mereka ini.InsyaAllah segala pengetahuan ni boleh dikongsi dan dijadikan panduan kepada pembaca- pembaca di luar sana. (Skemanya.. )

Lelaki ada yang Ego. Tapi semuanya memang ego pun. Tak ada satu pun yang terkecuali, walaupun yang lembik macam pondan sekalipun akan ada terselit ego mereka. Klau takde Ego meaning dia bukanlah lelaki sejati. Tapi Allah maha mengetahui.. Tak tau la kalau di luar sana ada yang benar- wujud.. lelaki tanpa ego? Who's know?

Ada yang sanggup mengenepikan perasaan ego itu kerana perasaan sayang mengatasi segala-galanya.Ada yang sanggup mempertaruhkan perasaan sayang yang mungkin terbina bertahun-tahun kerana sebuah EGO yang mahal.
Disinilah peranan psangan mereka diperlukan atau pun kena berperanan kuat untuk melenturkan perasaan ego mereka. Atau terjun bersama-sama perasaan ego pasangan mereka juga.. yang membawa kepada.. KEHILANGAN, TIADA PERASAAN TOLAK ANSUR.

Yang paling sedih kalau ada diantara pasangan itu sudah mempunyai anak. Yang pastinya, anak- anak lah yang menjadi mangsa KEEGOAN mereka.

Kalau yang hanya bercinta sahaja.. yang menjadi kerugian mereka ialah MASA. Masa yang terbuang begitu sahaja semenjak mereka bercinta hinggalah pada hari mereka memutuskan hubungan kerana EGO!. Kan elok dan dirahmati tuhan sekiranya percintaan itu diakhiri dengan ke ikatan yang sah membawa mereka ke jinjang pelamin?

Ego itu memang susah untuk tidak dihiraukan. Hanya perasaan ataupun akal yang sihat boleh mengenepikan perasaan yang mungkin teruk pada setengah orang.

Aku mengakui.. aku juga seorang yang ego. But sometimes.. SOMETIME.. Aku jugak menolak ke tepi unsur EGO itu dalam diri kerana orang yang tersayang. Kerana kita ingin bersama dengan dia.Kita tidak ingin untuk membuang masa dengan dia.. Kita ingin meng manfaat kan perhubungan itu.. bukan dengan mensia2 kan nya..

Tapi jika situasi ego n ego itu selalu berlaku pada hubungan.. Lama - kelamaan.. kita boleh menjadi bosan..

Ya Allah, selamatkan hubungan aku dengan dia. Semoga yang diluar sana pun jangan terlalu terikat dengan EGO!!!

Sayangilah pasangan anda seperti mana anda menyayangi diri anda dan keluarga anda.(Tidak lupa kalau ada yang memelihara haiwan peliharaan juga!!!) :)